Abdullah b.Muhammad b.Ubaid meriwayatkan bahawa Wahib b.Al-Ird berkata: " kami menerima berita bahawa iblis pernah menampakkan dirinya kepada Nabi Yahya serta berkata: " aku ingin mberi nasihat kepada mu." Nabi Yahya berkata: " kamu pembohong, jgnlah kamu menasihati ku akan tetapi beritahulah kpd ku ttg keadaan anak Adam." iblis berkata: " disisi kami mereka itu ada 3 macam:
- mereka yang paling mnyusahkan kami. kami telah berusaha utk mgodanya sehingga kami bhasil, akan ttp selepas itu mereka beristighfar serta bertaubat sehingga rosaklh semua yg telah kami peroleh drpdnya. kemudian setelah itu kami berusaha utk mgodanya lg,akan ttp setelah itu dia melakukn hal yg sama (beristighfar dan bertaubat). walau bagaimanapun kami tidak bputus asa, akan ttp kami pun tidak pernah bhasil, sehingga kami mjadi letih.
- mereka yg berada ditgn kami, seakan-akan spt bola yg dimainkan oleh anak-anak kamu.kami mpermainkn mereka sesuka hati kami, krn kami telah benar-benar bhasil mnguasai diri mereka.
- mereka yang spt diri mu (wahai Yahya), sentiasa tpelihara, sehingga kami tidak dpt sedikit pun berbuat apa2.
Nabi Yahya berkata: " dengan demikian apakah kamu sanggup melakukan sesuatu terhadap ku?" iblis menjawab: " tidak, kecuali sekali, iaitu ketika kamu berhadapan dengan hidangan makanan yg akan kamu makan, maka pd waktu itu aku akan mbuatkan makanan itu mjadi sgt lazat sehingga kamu memknnya smp kenyang, dan selepas itu kamu tidur pd waktu mlm dan tidak bangun mgerjakan solat malam spt biasa." Nabi Yahya berkata kpdnya: " sesungguhnya aku tidak akan makan hingga kenyang utk selama-lamanya." iblis berkata: " ketahuilh, sesungguhnya aku tidak akan menasihati anak Adam sesudah mu..."
dr cerita..himpunan kisah-kisah jin, iblis, syaitan.....
renung2kn....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan